Kerjaya kelab David_Silva

Valencia

Seorang produk sistem belia Valencia, Silva membuat penampilan profesional pertamanya pada musim 2004–05 bersama kelab Segunda División, Eibar secara pinjaman dari Valencia. Dia bermain 35 perlawanan liga dan menjaringkan lima gol. Pada musim berikutnya, dia dipinjamkan ke kelab lain sekali lagi, kali ini kepada kelab Celta Vigo dimana dia bermain 34 perlawanan dan menjaringkan empat gol.

Silva kembali ke Valencia pada musim panas 2006 dan menjadi pemain pilihan utama walaupun baru berusia 20 tahun. Dalam dua musim, dia hanya terlepas enam perlawanan dan telah menjaringkan 14 gol. Dia menjaringkan gol liga pertamanya pada 5 November 2006 ketika seri 1–1 menentang Espanyol. Pada bulan Ogos 2008, dia melanjutkan kontraknya selama lima tahun sehingga tahun 2013. Dia memenangi trofi Copa del Rey 2008, kejuaraan pertamanya di Sepanyol.

Beliau menjaringkan satu gol dan membuat tiga hantaran ketika pasukannya seri 4–4 menentang Werder Bremen pada pusingan 16 Liga Europa 2009-10.[2]

Manchester City

Silva bermain pada Perisai Komuniti 2014.

Pada 30 Jun 2010, Manchester City telah mengumumkan bahawa mereka telah berunding dengan Valencia untuk perpindahan Silva dan beliau akan sertai City dengan kontrak empat tahun untuk kempen liga 2010-11. Pada 14 Julai, City telah melengkapkan perpindahan Silva dan Silva diberi jersi nombor 21, sama seperti beliau di Valencia dan di Sepanyol.

Pengurus, City Roberto Mancini meletakkan Silva di posisi sayap. Silva membuat debut untuk City pada 14 Ogos 2010 ketika seri 0-0 menentang Tottenham Hotspur. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 16 September ketika perlawanan Liga Europa 2010-11 menentang Red Bull Salzburg. Pada 17 Oktober, beliau menjaringkan gol pertamanya di Liga Perdana Inggeris ketika menentang Blackpool. Beliau menjaringkan dua hantaran untuk Emmanuel Adebayor untuk menjaringkan gol ketika perlawanan Liga Europa menentang Lech Poznań, City menang 3-1. Beliau telah menerima anugerah Pemain Bulanan Manchester City sebanyak tiga kali dari Oktober sehingga Disember 2010.

Silva telah membuat 15 hantaran dalam semua kejohanan pada musim 2010-11.[3]

Silva memulakan kempen 2011-12 dengan menjaringkan gol ketika menentang Swansea dan diundi pemain terbaik perlawanan. Selepas aksi Silva yang terbaik untuk City, pengurus City, Roberto Mancini mengatakan Silva "salah satu pemain terbaik di dunia".[4] Pada 1 Oktober, Silva dianugerahkan sebagai Pemain Bulanan Liga Perdana Inggeris, membuatkan beliau pemain kedua City menerima anugerah itu selepas Edin Džeko pada sebelum ini.

Beliau telah menghabiskan musimnya di City sebagai pemain yang membuat hantaran paling banyak dengan 17 hantaran[5] dan beliau salah satu empat pemain City yang termasuk dalam Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris..[6]

Pada 17 September 2012, Silva menandatangani kontrak lima tahun bersama City sehingga 2017.[7] Beliau telah mengalami kecederaan ketika bermain untuk Sepanyol lalu beliau terlepas empat perlawanan untuk City. Beliau menjaringkan gol liga pertamanya pada 17 November menentang Aston Villa, 5-0. Beliau menghabiskan musim 2012-13 dengan menjaringkan empat gol dalam 32 penampilan liga. Beliau juga membuat sepuluh hantaran.

Pada 10 Disember 2013, beliau menjaringkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara musim 2013-14 ketika menang 3–2 ke atas FC Bayern Munich.[8]

Beliau menerima anugerah Pemain Bulanan Manchester City pada Mac 2014 selepas menjaringkan gol ketika menentang Hull City dan Arsenal.[9] Pada 12 Ogos 2014, Silva menandatangani kontrak lima tahun bersama City.[10]

Rujukan

WikiPedia: David_Silva http://www.bdfutbol.com/en/j/j537.html http://www.bdfutbol.com/en/p/j537.html?cat=SEL http://www.davidjimenezsilva.com/en http://www.eliteprospects.com/football/player.php?... http://espnfc.com/en/report/346764/report.html?=ds... http://espnfc.com/us/en/report/365339/report.html?... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/11620... http://soccernet.espn.go.com/players/stats?id=4381... http://soccernet.espn.go.com/stats/assists/_/leagu...